Sabtu, 23 Mac 2013

Resepi Puding Rumpai Laut


Hah...jgn tak tau...rumpai laut ni boleh jugak buat puding tau...berikut ni resepi puding rumpai laut...Selamat Mencuba!!!

Bahan-bahan :
2 gelas jeli rumpai laut
6 camca susu tepung (Boleh ganti dgn susu penuh krim dgn sukatan 4 gelas)
4 gelas air kosong
1/2 gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa (perisa apa2 ja ikut citarasa masing2)
Sedikit pewarna mengikut perisa
Kalau nak letak buah koktail kat dlm puding pun boleh...ikut kreativiti masing2

Caranya: -
1. Susu tepung dicampurkan dgn air dan masak dgn api sederhana sehingga mendidih
2. Masukkan jeli rumpai laut. Biarkan ia masak sehingga menjadi pekat sedikit.
3. Masukkan gula, vanilla, perisa dan pewarna. (Klu nak buat pelbagai perisa, campur perisa dan pewarna dalam bekas yg berasingan setelah masak)
4. Setelah masak, tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk
5. Simpan di dalam peti sejuk dan boleh lah di makan.

Nyum!!Nyum!! Apa tunggu lagi…hehehe…cubalah…

Isnin, 18 Mac 2013

Apa Khasiat Rumpai Laut Gred AA, AAA, dan AAAA????

Jenis-jenis rumpai laut

Salam Sejahtera semua…

Wah Tajuk post bukan main lagi kan...ok...ok....
Kalau nak tahu jenis-jenis rumpai laut adalah seperti yg terdapat dlm gambar…
Kebanyakkan org akan kata rumpai laut warna ni lebih baik drp rumpai laut warna tu, rumpai laut warna tu kurang khasiat drp rumpai laut warna ni…

Semua anggapan ni SALAH sama sekali, saudara dan saudari cari la mana-mana artikel yg menyatakan dan menjelaskan khasiat rumpai laut warna ungu, khasiat rumpai laut warna putih dan warna lain-lainnya…

Saudara dan saudari tidak akan jumpa…yg saudara dan saudari akan jumpa ialah KHASIAT RUMPAI LAUT sahaja…tidak ada khasiat rumpai laut ungu, putih, dan hijau…maknanya semua rumpai laut pun sama khasiatnya…dan warna rumpai laut tidak sama sekali menunjukkan khasiat yg terkandung di dlmnya…sama juga tidak ada rumpai laut gred AA, rumpai laut gred AAA dan tidak ada rumpai laut gred AAAA…sebab semua rumpai laut mempunyai khasiat yg sama sahaja…anda faham sudah kan maksud saya… tidak ada pun rumpai laut jenis gred AA, AAA, dan AAAA seperti yg hangat diperkatakan di pasaran skrg ni… yg ada hanyalah rumpai laut kering yg mana rumpai yg dikeringkan akan menghasilkan 3 jenis warna BUKAN 3 JENIS GRED. Warna yg terhasil drp proses pengeringan tu adalah warna Putih, Ungu/merah, dan Hijau.

Semua org akan tanya kenapa boleh jadi ungu, boleh jadi putih, boleh jadi hijau…
Sebenarnya saudara dan saudari sekalian…

Rumpai Laut Kering yg berwarna PUTIH itu adalah melalui KAEDAH STIM. Rumpai laut drp pelbagai jenis diSTIMkan

Yg rumpai laut ungu/merah tu pulak mcmn????
Rumpai laut UNGU/MERAH tu terhasil adalah melalui kaedah pengeringan secara PENJEMURAN GANTUNG yg mana rumpai laut yg dikeringkan adalah drp jenis rumpai laut coklat. Hairan sebentar…kenapa dr coklat berubah ke warna ungu/merah pulak???? Perubahan ini bukan drp proses celupan warna ya saudara dan saudari sekalian, perubahan yg berlaku ini adalah perubahan secara semula jadi hasil gabungan daripada cahaya matahari dan juga angin…

Hijau…hijau….mcmn pulak????
Rumpai Laut Hijau pulak mempunyai kaedah pengeringan yg sama dengan rumpai laut ungu/merah tetapi rumpai laut hijau adalah daripada jenis rumpai laut yg berwarna hijau dan sukar untuk mendapat benih rumpai laut hijau ni…

Ok..ok.. faham sudah..tapikan…tapikan…kenapa rumpai laut ungu/merah dan hijau lebih garam????
Sebab Kaedah Pengeringan secara Penjemuran Gantung itu telah menyebabkan air laut pada rumpai laut lebih cepat tersejat dan akhirnya menjadi garam halus

Lagi…lagi…kenapa ungu/merah lebih berbau hanyir????
Sebab Kaedah Pengeringan jugak…rumpai laut Putih diSTIMkan lalu menyebabkan KULIT LUARAN rumpai laut terkupas…yg rumpai laut ungu/merah tu pulak dikeringkan dan menyebabkan kulit rumpai laut melekat sepenuhnya pada batang rumpai laut dan menyebabkan rumpai laut ungu/merah ni lebih berbau hanyir.

Rumpai laut ni sebenarnya makanan orang BAJAU dan SULUK di Sabah, kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut, Tanyalah sendiri dgn orang berbangsa BAJAU dan SULUK ya…

(cited by Mohd Ghaffoor B. Mohd Sulaiman)

Khamis, 14 Mac 2013

Acar @ Lawar Rumpai Laut

Bahan-bahan
1. Rumpai Laut (potong kecil)

2. Nanas (potong kecil-kecil)

3. Bawang Besar (potong kecil-kecil)

4. Tomato Hijau (Kalau guna tomato merah, acar jadi tak ctk, tomato akan hancur)

5. Lada Besar (potong kecil-kecil)

6. Lobak (potong kecil-kecil)

7. Limau Kasturi

8. Garam

9. Gula

Cara-cara
1. Rumpai Laut dicuci hingga bersih (5-6 kali), rendam semalaman, kemudian cuci lagi hingga bersih (5-6 kali), potong rumpai laut kecil-kecil mengikut saiz yang anda mahu (lebih kurang panjang jari kelingking), rumpai laut yg dah dipotong tadi dicuci sekali lagi sehingga bersih

2. Campurkan Rumpai laut dengan semua bahan-bahan yang lain seperti Bawang Besar, Nanas, Tomato hijau, Lada Besar, Lobak, dan Limau Kasturi. Bubuh Garam dan Gula Secukup Rasa. Gaul semua bahan.

3. Acar @ Lawar Rumpai Laut sedia untuk dimakan...nyummm

Kalau saya lebih suka tak campur lobak, ikut cita rasa @ kreativiti masing-masing bagi menyediakan acar @ lawar rumpai laut, maaf ye sebab tak upload gambar, nti di post yg lain saya akan tunjukkan gambar Acar @ Lawar Rumpai Laut ni, sebab acar rumpai laut semalam dah habis, hehehehe....tak sempat disnap...hehehhehe


Harga Rumpai Laut

PROMOSI...PROMOSI...PROMOSI...

Harga termasuk bayaran pos ye...

Jadi apa lagi cepat-cepat tempah rumpai laut...di bawah ni senarai harga ok...Selamat berumpai laut...hehehehehehe

Rumpai Laut Ungu/violet dan Putih RM26.00/KG

Rumpai Laut Hijau berharga RM35.00/KG

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat tempah rumpai laut...
Penghantaran guna Pos Laju Malaysia (1 - 3 hari rumpai laut akan sampai)

nak tempah dah??? Teks saya ke :
Az - Zahraa 014-5671245 @ 016-5844220


Ahad, 10 Mac 2013

Cara Membuat Masker Rumpai Laut

1. Selepas rumpai laut direbus, tapiskan terlebih dahulu

2. Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker manakala air tu untuk diminum

3. Bersihkan muka terlebih dahulu

4. Kemudian, sisa tapisan tadi disapukan pada muka dan leher (akan rasa sejuk dan lembab)

5. Tunggu sehingga kering (lebih kurang dalam 30 minit)

6. Basuh muka. Kemudian, anda pasti akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang

Cara Basuh dan Minuman Air Rumpai Laut

1. Basuh rumpai laut sampai bersih, cara basuh sama macam basuh beras (5 - 6 kali)

2. Rendam rumpai laut yang telah dibasuh tadi selama 1 malam

3. Buang air rendaman rumpai laut, dan basuh lagi lebih kurang 5 - 6 kali dan toskan

4. Campurkan 100 gram rumpai laut dengan 2 liter air kosong untuk direbus

5. Rebus dengan api perlahan lebih kurang 30 - 45 minit. Kacau hingga rumpai laut sebati dengan air

6. Untuk elak bau hanyir, campur dengan tepung gandum @ asam keping

7. Untuk minuman, campurkan 2 ke 3 sudu besar air rumpai laut yg telah direbus tadi dgn madu dan jus oren

8. Air rumpai laut tu boleh bertahan selama 3 - 4 minggu

Jumaat, 1 Mac 2013

Testimoni selepas minum air rendaman rumpai laut...

Ada jugak testimoni saya dengar daripada orang yang sudah mengunakan rumpai laut ni, bagi mereka di luar sana yang sakit lutut, susah mau berdiri sebab ada masalah lutut, boleh la minum air rendaman rumpai laut ni. In Shaa Allah...baik.

Kalau ada kebas-kebas jari tangan, macam susah nak genggam kan tangan pun boleh cuba rumpai laut ni, In Shaa Allah masalah kebas-kebas jari tangan hilang. Pada kebiasaannya, masalah kebas jari tangan ni mengganggu orang yang selalu drive keta...

Orang yang ada masalah asma pun boleh cuba, ada testimoni yang saya dengar sendiri, orang yang sakit asma selalu susah nak bernafas pada awal bagi, sampaikan nafas tu ada bunyi, macam ada lendir menyangkut dalam leher, tu yang menganggu pernafasan, lepas minum air rendaman rumpai laut ni, beliau rasa ada ringan sikit da pada awal pagi, tak macam selalu.. 
TAPI...TAPI...TAPI...setiap org mempunyai tahap imunisasi yang berbeza tau...jadi kena minum pada sukatan yang berpatutan.... Jadi kepada sesiapa yang minum rumpai laut ni...In Shaa Allah akan berasa senang...hehehehe