Sabtu, 23 Mac 2013

Resepi Puding Rumpai Laut


Hah...jgn tak tau...rumpai laut ni boleh jugak buat puding tau...berikut ni resepi puding rumpai laut...Selamat Mencuba!!!

Bahan-bahan :
2 gelas jeli rumpai laut
6 camca susu tepung (Boleh ganti dgn susu penuh krim dgn sukatan 4 gelas)
4 gelas air kosong
1/2 gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa (perisa apa2 ja ikut citarasa masing2)
Sedikit pewarna mengikut perisa
Kalau nak letak buah koktail kat dlm puding pun boleh...ikut kreativiti masing2

Caranya: -
1. Susu tepung dicampurkan dgn air dan masak dgn api sederhana sehingga mendidih
2. Masukkan jeli rumpai laut. Biarkan ia masak sehingga menjadi pekat sedikit.
3. Masukkan gula, vanilla, perisa dan pewarna. (Klu nak buat pelbagai perisa, campur perisa dan pewarna dalam bekas yg berasingan setelah masak)
4. Setelah masak, tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk
5. Simpan di dalam peti sejuk dan boleh lah di makan.

Nyum!!Nyum!! Apa tunggu lagi…hehehe…cubalah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan