Isnin, 18 Mac 2013

Apa Khasiat Rumpai Laut Gred AA, AAA, dan AAAA????

Jenis-jenis rumpai laut

Salam Sejahtera semua…

Wah Tajuk post bukan main lagi kan...ok...ok....
Kalau nak tahu jenis-jenis rumpai laut adalah seperti yg terdapat dlm gambar…
Kebanyakkan org akan kata rumpai laut warna ni lebih baik drp rumpai laut warna tu, rumpai laut warna tu kurang khasiat drp rumpai laut warna ni…

Semua anggapan ni SALAH sama sekali, saudara dan saudari cari la mana-mana artikel yg menyatakan dan menjelaskan khasiat rumpai laut warna ungu, khasiat rumpai laut warna putih dan warna lain-lainnya…

Saudara dan saudari tidak akan jumpa…yg saudara dan saudari akan jumpa ialah KHASIAT RUMPAI LAUT sahaja…tidak ada khasiat rumpai laut ungu, putih, dan hijau…maknanya semua rumpai laut pun sama khasiatnya…dan warna rumpai laut tidak sama sekali menunjukkan khasiat yg terkandung di dlmnya…sama juga tidak ada rumpai laut gred AA, rumpai laut gred AAA dan tidak ada rumpai laut gred AAAA…sebab semua rumpai laut mempunyai khasiat yg sama sahaja…anda faham sudah kan maksud saya… tidak ada pun rumpai laut jenis gred AA, AAA, dan AAAA seperti yg hangat diperkatakan di pasaran skrg ni… yg ada hanyalah rumpai laut kering yg mana rumpai yg dikeringkan akan menghasilkan 3 jenis warna BUKAN 3 JENIS GRED. Warna yg terhasil drp proses pengeringan tu adalah warna Putih, Ungu/merah, dan Hijau.

Semua org akan tanya kenapa boleh jadi ungu, boleh jadi putih, boleh jadi hijau…
Sebenarnya saudara dan saudari sekalian…

Rumpai Laut Kering yg berwarna PUTIH itu adalah melalui KAEDAH STIM. Rumpai laut drp pelbagai jenis diSTIMkan

Yg rumpai laut ungu/merah tu pulak mcmn????
Rumpai laut UNGU/MERAH tu terhasil adalah melalui kaedah pengeringan secara PENJEMURAN GANTUNG yg mana rumpai laut yg dikeringkan adalah drp jenis rumpai laut coklat. Hairan sebentar…kenapa dr coklat berubah ke warna ungu/merah pulak???? Perubahan ini bukan drp proses celupan warna ya saudara dan saudari sekalian, perubahan yg berlaku ini adalah perubahan secara semula jadi hasil gabungan daripada cahaya matahari dan juga angin…

Hijau…hijau….mcmn pulak????
Rumpai Laut Hijau pulak mempunyai kaedah pengeringan yg sama dengan rumpai laut ungu/merah tetapi rumpai laut hijau adalah daripada jenis rumpai laut yg berwarna hijau dan sukar untuk mendapat benih rumpai laut hijau ni…

Ok..ok.. faham sudah..tapikan…tapikan…kenapa rumpai laut ungu/merah dan hijau lebih garam????
Sebab Kaedah Pengeringan secara Penjemuran Gantung itu telah menyebabkan air laut pada rumpai laut lebih cepat tersejat dan akhirnya menjadi garam halus

Lagi…lagi…kenapa ungu/merah lebih berbau hanyir????
Sebab Kaedah Pengeringan jugak…rumpai laut Putih diSTIMkan lalu menyebabkan KULIT LUARAN rumpai laut terkupas…yg rumpai laut ungu/merah tu pulak dikeringkan dan menyebabkan kulit rumpai laut melekat sepenuhnya pada batang rumpai laut dan menyebabkan rumpai laut ungu/merah ni lebih berbau hanyir.

Rumpai laut ni sebenarnya makanan orang BAJAU dan SULUK di Sabah, kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut, Tanyalah sendiri dgn orang berbangsa BAJAU dan SULUK ya…

(cited by Mohd Ghaffoor B. Mohd Sulaiman)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan