Jumaat, 24 Mei 2013

Promosi Terbaru!!!

Promosi Hebat kali ini...!!!

Harga Rumpai Laut Kuning Dan Ungu masing2 RM25 Sekilo termasuk bayaran postage...

Harga Rumpai Laut Hijau RM35 sekilo termasuk bayaran postage

Pembelian Rumpai Laut Ungu dan Kuning melebihi 5 KG, berikut merupakan senarai harga:
Pembelian 5 KG = RM110
Pembelian 10 KG = RM210
Pembelian 20 KG = RM400

Jadi apa tunggu lagi, order la skrg!!! Jangan lepaskan peluang!!!

Jumaat, 17 Mei 2013

Kempen Melabur Dalam Unit Amanah Harga Berubah ASNB

Haloo everyone...hehehehe...orait kali ni tajuk post sy mmg dah lari dah kan dari Rumpai Laut seperti yg slalu sy post sblm ni...anyway...tak salah kan berkongsi...sharing is caring kan...hehehe

Ok2...knapa tiba2 sy nak post pasal melabur ni plak kan...ok lah...sbnrnya sy ada temuduga bagi jawatan Sale Excecutif di ASNB hari ini...hehehe...mmg agak nervous jgk la...tp tawakal ja la kn...

Sng cerita, baik kita terus kpd main point yakni Melabur dlm Unit Amanah Harga Berubah ASNB...
Melabur mmg kita semua sedia maklum la kan...tp yg Unit Amanah Harga Berubah tu yg tak faham...

Ok drp hasil pertanyaan sy kpd salah seorg staff ASNB, Harga Berubah tu bermaksud jika kita labur RM200, harga boleh jadi berubah-ubah, maksudnya, pulangan yg kita akan dapat boleh jadi kurang drp RM200 dan boleh jadi juga lebih drp RM200, dan setiap pelaburan yg kita buat tu jugak akan di kenakan caj sebanyak 5% dari Nilai Aset Bersih (NAB) seunit. Maksudnya pelaburan yg kita buat ni agak berisiko jugak la sebab boleh jadi kita rugi boleh jadi kita untung besar....

Takut nak melabur??? napa nak takut...ASNB menyediakan pelbagai jenis produk bagi pelabur yg ingin melaburkan wang mereka antaranya Amanah Saham Nasional (ASN), ASN 2, ASN 3 Imbang, Amanah Saham Gemilang (ASG) - Pendidikan, ASG - Kesihatan dan ASG - Persaraan. So, jika anda melabur di semua produk ASNB yg sy nyatakan di atas tadi, maka risiko pelaburan akan menjadi kecil.

Drp pengamatan sy mll laman web rasmi ASNB di www.asnb.com.my/index.htm, semua produk Unit Amanah Harga Berubah ASNB menunjukkan peningkatan dalam kadar pengagihan pendapatan seunit...so, mmg boleh percaya la dgn ASNB sbb dapat menguruskan unit amanah tu dgn baik wlupun berlaku krisis kewangan di eropah sana...jika tak percaya anda boleh periksa sendiri ye...

masih takut lagi nak melabur???  tak perlu nak rasa takut sebab yg mengurus unit amanah tu semua adalah mereka2 yg profesional...dan banyak faedah sebenarnya kita boleh dapat apbl melabur dlm ASNB ni di mn kita boleh berurusniaga serta merta utk aktiviti beli dan jual semula, kemudian kita juga boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah pd bila2 masa saja, kemudian kita mampu utk membuat pelaburan, sebab tak perlu ribu2 ringgit pun nak labur, hanya minimum RM100 kecuali bagi ASN yakni minimum pelaburan RM10 sahaja...mampu kan...faedah yg lain dah sy trgkan di atas pasal kepelbagaian produk ASNB tu, tujuan kepelbagaian produk dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko pelaburan..so klu nak kurangkan risiko laburla di kesemua produk ASNB...hehehehe...

So apa tunggu lagi, jom mulakan amalan untuk menabung sekaligus dapat melabur...hehehe...untung banyak tau....

Sabtu, 4 Mei 2013

Air Rendaman Rumpai Laut


Halooo…everyone…

Anda ada masalah dgn tumit kaki merekah dan masalah kulit kepala seperti kelemumur dan keguguran rambut???

Cara menyembuhkannya hanyalah dgn Air rendaman Rumpai Laut (Pure Marine Collagen)

Ok bagi mereka2 di luar sana yg dah lama mengamalkan rumpai laut ni, mesti tau ttg air rendaman rumpai laut…

Orait kepada yg tak tau lagi…air rendaman rumpai laut ni adalah air yg digunakan utk merendamkan rumpai laut selama semalaman tu. Jadi bila dah rendam rumpai laut tu, air rendaman JANGAN DI BUANG…sebab ada gunanya jugak tau air rendaman tu.

Antara kegunaan air rendaman tu adalah untuk merawat tumit kaki yang merekah dan di gunakan juga untuk kulit kepala dan rambut.

Untuk Merawat Tumit Kaki:

1. Ambil air rendaman yang telah anda toskan
2. Letak air rendaman ke dalam besen atau baldi
3. Rendamkan kaki anda sambil santai-santai…hehehe...terpulang drp anda ja nak bt apa, nak tgok tv, nak mkn snack...nak men game...suka hati anda k... :)
4. Rendam lah selama mana yang anda mahu... 5 minit pun dah nampak kesan. In shaa Allah.

Untuk merawat kulit kepala:


1. Ambil air rendaman rumpai laut yang telah anda toskan
2. Sapukan di kepala atau rambut
3. Biarkan ianya kering & bilas

Kesan penggunaanya :
                Kulit kepala bersih dari kelemumur
                Tidak lagi gatal-gatal
                Menggalakkan pertumbuhan rambut baru (kpd yg mengalami keguguran rambut, digalakkan menyapukan air rendaman rumpai laut ni di kepala anda)

In shaa Allah hasil usaha anda pasti akan menampakkan hasilnya… :)



Selasa, 2 April 2013

Berita Tentang Rumpai Laut

As Salam semua...lama dah tak post pasal rumpai laut ni...ok...ok...kali ni saya sediakan keratan akhbar berkaitan dgn rumpai laut...bolehlah keratan akhbar ni menjadi panduan untuk kita semua ya...(^_^)

 Hah...kepada sesiapa yg nak turunkan berat badan...sangatlah dialu-alukan untuk mencuba rumpai laut ni...

Mcmn nak kuruskan badan dgn rumpai laut???? Caranya bgni ya...


Hah senangkan caranya...(^_^)

ok...ok...keratan akhbar yg lain pula....


mcm2 kegunaan rumpai laut ni kan...apa tunggu lagi cubalah sekarang...


Skrg rumpai laut ni pun sedang dikaji...agak2 mesti byk lagi kegunaan rumpai laut kan...

Jadi...kepada yg berminat nak menempah rumpai laut...hubungi saya segera ya....

Sabtu, 23 Mac 2013

Resepi Puding Rumpai Laut


Hah...jgn tak tau...rumpai laut ni boleh jugak buat puding tau...berikut ni resepi puding rumpai laut...Selamat Mencuba!!!

Bahan-bahan :
2 gelas jeli rumpai laut
6 camca susu tepung (Boleh ganti dgn susu penuh krim dgn sukatan 4 gelas)
4 gelas air kosong
1/2 gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa (perisa apa2 ja ikut citarasa masing2)
Sedikit pewarna mengikut perisa
Kalau nak letak buah koktail kat dlm puding pun boleh...ikut kreativiti masing2

Caranya: -
1. Susu tepung dicampurkan dgn air dan masak dgn api sederhana sehingga mendidih
2. Masukkan jeli rumpai laut. Biarkan ia masak sehingga menjadi pekat sedikit.
3. Masukkan gula, vanilla, perisa dan pewarna. (Klu nak buat pelbagai perisa, campur perisa dan pewarna dalam bekas yg berasingan setelah masak)
4. Setelah masak, tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk
5. Simpan di dalam peti sejuk dan boleh lah di makan.

Nyum!!Nyum!! Apa tunggu lagi…hehehe…cubalah…

Isnin, 18 Mac 2013

Apa Khasiat Rumpai Laut Gred AA, AAA, dan AAAA????

Jenis-jenis rumpai laut

Salam Sejahtera semua…

Wah Tajuk post bukan main lagi kan...ok...ok....
Kalau nak tahu jenis-jenis rumpai laut adalah seperti yg terdapat dlm gambar…
Kebanyakkan org akan kata rumpai laut warna ni lebih baik drp rumpai laut warna tu, rumpai laut warna tu kurang khasiat drp rumpai laut warna ni…

Semua anggapan ni SALAH sama sekali, saudara dan saudari cari la mana-mana artikel yg menyatakan dan menjelaskan khasiat rumpai laut warna ungu, khasiat rumpai laut warna putih dan warna lain-lainnya…

Saudara dan saudari tidak akan jumpa…yg saudara dan saudari akan jumpa ialah KHASIAT RUMPAI LAUT sahaja…tidak ada khasiat rumpai laut ungu, putih, dan hijau…maknanya semua rumpai laut pun sama khasiatnya…dan warna rumpai laut tidak sama sekali menunjukkan khasiat yg terkandung di dlmnya…sama juga tidak ada rumpai laut gred AA, rumpai laut gred AAA dan tidak ada rumpai laut gred AAAA…sebab semua rumpai laut mempunyai khasiat yg sama sahaja…anda faham sudah kan maksud saya… tidak ada pun rumpai laut jenis gred AA, AAA, dan AAAA seperti yg hangat diperkatakan di pasaran skrg ni… yg ada hanyalah rumpai laut kering yg mana rumpai yg dikeringkan akan menghasilkan 3 jenis warna BUKAN 3 JENIS GRED. Warna yg terhasil drp proses pengeringan tu adalah warna Putih, Ungu/merah, dan Hijau.

Semua org akan tanya kenapa boleh jadi ungu, boleh jadi putih, boleh jadi hijau…
Sebenarnya saudara dan saudari sekalian…

Rumpai Laut Kering yg berwarna PUTIH itu adalah melalui KAEDAH STIM. Rumpai laut drp pelbagai jenis diSTIMkan

Yg rumpai laut ungu/merah tu pulak mcmn????
Rumpai laut UNGU/MERAH tu terhasil adalah melalui kaedah pengeringan secara PENJEMURAN GANTUNG yg mana rumpai laut yg dikeringkan adalah drp jenis rumpai laut coklat. Hairan sebentar…kenapa dr coklat berubah ke warna ungu/merah pulak???? Perubahan ini bukan drp proses celupan warna ya saudara dan saudari sekalian, perubahan yg berlaku ini adalah perubahan secara semula jadi hasil gabungan daripada cahaya matahari dan juga angin…

Hijau…hijau….mcmn pulak????
Rumpai Laut Hijau pulak mempunyai kaedah pengeringan yg sama dengan rumpai laut ungu/merah tetapi rumpai laut hijau adalah daripada jenis rumpai laut yg berwarna hijau dan sukar untuk mendapat benih rumpai laut hijau ni…

Ok..ok.. faham sudah..tapikan…tapikan…kenapa rumpai laut ungu/merah dan hijau lebih garam????
Sebab Kaedah Pengeringan secara Penjemuran Gantung itu telah menyebabkan air laut pada rumpai laut lebih cepat tersejat dan akhirnya menjadi garam halus

Lagi…lagi…kenapa ungu/merah lebih berbau hanyir????
Sebab Kaedah Pengeringan jugak…rumpai laut Putih diSTIMkan lalu menyebabkan KULIT LUARAN rumpai laut terkupas…yg rumpai laut ungu/merah tu pulak dikeringkan dan menyebabkan kulit rumpai laut melekat sepenuhnya pada batang rumpai laut dan menyebabkan rumpai laut ungu/merah ni lebih berbau hanyir.

Rumpai laut ni sebenarnya makanan orang BAJAU dan SULUK di Sabah, kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut, Tanyalah sendiri dgn orang berbangsa BAJAU dan SULUK ya…

(cited by Mohd Ghaffoor B. Mohd Sulaiman)

Khamis, 14 Mac 2013

Acar @ Lawar Rumpai Laut

Bahan-bahan
1. Rumpai Laut (potong kecil)

2. Nanas (potong kecil-kecil)

3. Bawang Besar (potong kecil-kecil)

4. Tomato Hijau (Kalau guna tomato merah, acar jadi tak ctk, tomato akan hancur)

5. Lada Besar (potong kecil-kecil)

6. Lobak (potong kecil-kecil)

7. Limau Kasturi

8. Garam

9. Gula

Cara-cara
1. Rumpai Laut dicuci hingga bersih (5-6 kali), rendam semalaman, kemudian cuci lagi hingga bersih (5-6 kali), potong rumpai laut kecil-kecil mengikut saiz yang anda mahu (lebih kurang panjang jari kelingking), rumpai laut yg dah dipotong tadi dicuci sekali lagi sehingga bersih

2. Campurkan Rumpai laut dengan semua bahan-bahan yang lain seperti Bawang Besar, Nanas, Tomato hijau, Lada Besar, Lobak, dan Limau Kasturi. Bubuh Garam dan Gula Secukup Rasa. Gaul semua bahan.

3. Acar @ Lawar Rumpai Laut sedia untuk dimakan...nyummm

Kalau saya lebih suka tak campur lobak, ikut cita rasa @ kreativiti masing-masing bagi menyediakan acar @ lawar rumpai laut, maaf ye sebab tak upload gambar, nti di post yg lain saya akan tunjukkan gambar Acar @ Lawar Rumpai Laut ni, sebab acar rumpai laut semalam dah habis, hehehehe....tak sempat disnap...hehehhehe


Harga Rumpai Laut

PROMOSI...PROMOSI...PROMOSI...

Harga termasuk bayaran pos ye...

Jadi apa lagi cepat-cepat tempah rumpai laut...di bawah ni senarai harga ok...Selamat berumpai laut...hehehehehehe

Rumpai Laut Ungu/violet dan Putih RM26.00/KG

Rumpai Laut Hijau berharga RM35.00/KG

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat tempah rumpai laut...
Penghantaran guna Pos Laju Malaysia (1 - 3 hari rumpai laut akan sampai)

nak tempah dah??? Teks saya ke :
Az - Zahraa 014-5671245 @ 016-5844220


Ahad, 10 Mac 2013

Cara Membuat Masker Rumpai Laut

1. Selepas rumpai laut direbus, tapiskan terlebih dahulu

2. Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker manakala air tu untuk diminum

3. Bersihkan muka terlebih dahulu

4. Kemudian, sisa tapisan tadi disapukan pada muka dan leher (akan rasa sejuk dan lembab)

5. Tunggu sehingga kering (lebih kurang dalam 30 minit)

6. Basuh muka. Kemudian, anda pasti akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang

Cara Basuh dan Minuman Air Rumpai Laut

1. Basuh rumpai laut sampai bersih, cara basuh sama macam basuh beras (5 - 6 kali)

2. Rendam rumpai laut yang telah dibasuh tadi selama 1 malam

3. Buang air rendaman rumpai laut, dan basuh lagi lebih kurang 5 - 6 kali dan toskan

4. Campurkan 100 gram rumpai laut dengan 2 liter air kosong untuk direbus

5. Rebus dengan api perlahan lebih kurang 30 - 45 minit. Kacau hingga rumpai laut sebati dengan air

6. Untuk elak bau hanyir, campur dengan tepung gandum @ asam keping

7. Untuk minuman, campurkan 2 ke 3 sudu besar air rumpai laut yg telah direbus tadi dgn madu dan jus oren

8. Air rumpai laut tu boleh bertahan selama 3 - 4 minggu

Jumaat, 1 Mac 2013

Testimoni selepas minum air rendaman rumpai laut...

Ada jugak testimoni saya dengar daripada orang yang sudah mengunakan rumpai laut ni, bagi mereka di luar sana yang sakit lutut, susah mau berdiri sebab ada masalah lutut, boleh la minum air rendaman rumpai laut ni. In Shaa Allah...baik.

Kalau ada kebas-kebas jari tangan, macam susah nak genggam kan tangan pun boleh cuba rumpai laut ni, In Shaa Allah masalah kebas-kebas jari tangan hilang. Pada kebiasaannya, masalah kebas jari tangan ni mengganggu orang yang selalu drive keta...

Orang yang ada masalah asma pun boleh cuba, ada testimoni yang saya dengar sendiri, orang yang sakit asma selalu susah nak bernafas pada awal bagi, sampaikan nafas tu ada bunyi, macam ada lendir menyangkut dalam leher, tu yang menganggu pernafasan, lepas minum air rendaman rumpai laut ni, beliau rasa ada ringan sikit da pada awal pagi, tak macam selalu.. 
TAPI...TAPI...TAPI...setiap org mempunyai tahap imunisasi yang berbeza tau...jadi kena minum pada sukatan yang berpatutan.... Jadi kepada sesiapa yang minum rumpai laut ni...In Shaa Allah akan berasa senang...hehehehe

Selasa, 26 Februari 2013

Apa Itu Rumpai Laut???

Umum mengetahui pasal rumpai laut ni...tapi tidak hairan jugak ada lagi orang yang tak pernah tahu pasal rumpai laut, apa kegunaannya, boleh dimakan ka rumpai laut ni dan lain-lain lagi lah...jadi meh sini saya bagitau apa yang saya tau pasal rumpai laut ni...

ni la rumpai laut (ungu)...

Rumpai laut ni boleh jugak dipanggil agar-agar...banyak jenis rumpai laut di Malaysia ni, tapi ada dua jenis jak rumpai laut yang diternak di kawasan Sabah, jenis Kappaphycus dan Eucheuma. Daerah yang paling aktif sekali dalam menternak rumpai laut ni daerah Semporna...kalau ada masa datang lah jalan-jalan pergi Semporna...pulau-pulau Semporna memang cantik...tak rugi datang Semporna...

Banyak keistimewaan rumpai laut ni...
1. Boleh merawat masalah kulit...

2. Kulit boleh menjadi kenyal, kencang dan licin...

3. Iodine yang terdapat dalam rumpai laut ni mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid dan boleh mencegah penyakit Goitre...

4. Rumpai Laut ni jugak mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil...

5. Kaya dengan serat, kepada pemakan rumpai laut, ia boleh merendahkan paras gula dalam darah anda...

6. Rumpai laut ni jugak anti-mutagen dan anti-oksidan, oleh sebab itu rumpai laut mampu merendahkan kadar kolestrol dan mampu mencegah penyakit kanser dan penyakit jantung...

7. Mengandungi Collagen

8. TAPI...tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan keracunan iodine