Selasa, 26 Februari 2013

Apa Itu Rumpai Laut???

Umum mengetahui pasal rumpai laut ni...tapi tidak hairan jugak ada lagi orang yang tak pernah tahu pasal rumpai laut, apa kegunaannya, boleh dimakan ka rumpai laut ni dan lain-lain lagi lah...jadi meh sini saya bagitau apa yang saya tau pasal rumpai laut ni...

ni la rumpai laut (ungu)...

Rumpai laut ni boleh jugak dipanggil agar-agar...banyak jenis rumpai laut di Malaysia ni, tapi ada dua jenis jak rumpai laut yang diternak di kawasan Sabah, jenis Kappaphycus dan Eucheuma. Daerah yang paling aktif sekali dalam menternak rumpai laut ni daerah Semporna...kalau ada masa datang lah jalan-jalan pergi Semporna...pulau-pulau Semporna memang cantik...tak rugi datang Semporna...

Banyak keistimewaan rumpai laut ni...
1. Boleh merawat masalah kulit...

2. Kulit boleh menjadi kenyal, kencang dan licin...

3. Iodine yang terdapat dalam rumpai laut ni mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid dan boleh mencegah penyakit Goitre...

4. Rumpai Laut ni jugak mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil...

5. Kaya dengan serat, kepada pemakan rumpai laut, ia boleh merendahkan paras gula dalam darah anda...

6. Rumpai laut ni jugak anti-mutagen dan anti-oksidan, oleh sebab itu rumpai laut mampu merendahkan kadar kolestrol dan mampu mencegah penyakit kanser dan penyakit jantung...

7. Mengandungi Collagen

8. TAPI...tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan keracunan iodine